Ebook ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang mencari rahsia kepada kebahagiaan dalam hidup menerusi kemahiran hubungan sesama manusia. Buku ini mendedahkan 10 prinsip yang saya gunakan dalam Kit HB&K (hubungan baik dan kerjasama) semasa mengajar Siswa Guru. Tip diadaptasi daripada pengalaman autentik, pembacaan literatur, amalan dan penyelidikan khasnya penyelidikan tindakan. Ia merumuskan prinsip-prinsip asas yang perlu diketahui dan diamalkan oleh setiap individu bagi menjalin hubungan yang baik dan kerjasama dalam kehidupan seharian bagi mencapai kebahagiaan. Kedamaian jiwa itu penting digapai oleh semua, menjadikan ebook ini wajib dimiliki.