Mengenali Potensi Dirimu ini ditulis untuk menjawab persoalan-persoalan tentang potensi diri, bagaimana membina jati diri, meningkatkan kawalan kendiri dan berkeyakinan dalam menempuhi pelbagai cabaran baik dalam kehidupan peribadi mahupun di alam kerjaya. Ia sesuai dibaca pleh para pendidik, ibubapa, orang dewasa serta remaja yang ingin mengenali diri. Buku ini membantu pembaca meneroka realiti kewujudan diri dan memahami dunia sebab dan akibat. Kefahaman ini akan membantu para pembaca memberi fokus terhadap dunia sebab atau dunia dalaman dalam mengurus perubahan diri. Pembaca juga berpeluang memahami kepentingan destinasi kehidupan yang jelas agar kita mampu memimpin kehidupan di jalan yang lurus untuk menjemput ketenangan kebahagiaan dan kejayaan datang bertandang dalam kehidupan.