Dewasa ini, masyarakat sering menerima hadis yang diviralkan dalam peranti elektronik mereka. Hadis-hadis ini ada yang dinyatakan sumber dan status, namun ada juga yang sebaliknya. Para ilmuwan juga sering ditanya mengenai status hadis-hadis viral ini. Justeru itu, masyarakat perlu didedahkan dengan ilmu Takhrij Hadis agar mereka mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti sumber dan status hadis. Ini kerana hadis sentiasa digunakan dan disebarkan oleh pelbagai pihak sebagai suatu sumber pendalilan dalam Islam. Oleh itu, ebook ini diterbitkan untuk memberi pendedahan dan penerangan ringkas mengenai asas ilmu Takhrij Hadis kepada umat Islam. Hal ini penting sebagai langkah awal bagi mendepani hadis-hadis yang viral saban hari. Ilmu Takhrij Hadis ini juga perlu dalam memelihara kesucian hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam dari sudut sumber dan status. Dengan ilmu asas ini, setidak-tidaknya masyarakat dapat memahami kepentingan mengesahkan sumber dan status hadis yang viral sebelum dijadikan amalan dalam kehidupan mereka.