Objektif utama e-book ini adalah untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk menyemai rasa cinta al-Quran dalam jiwa anak-anak tetapi tidak tahu dari mana ingin bermula. Perkongsian serta tips dalam e-book ini adalah sangat mudah, ringan dan boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit cetusan idea untuk ibu bapa memulakan proses memperkenalkan al-Quran dalam jiwa anak-anak. Insya-Allah.