Tiga jenis gangguan emosi iaitu stres, kebimbangan, dan kemurungan dihurai melalui sub topik definisi, punca, gejala dan kumpulan berisiko kepada tiga gangguan emosi ini. Tumpuan juga diberi kepada langkah membuat saringan kesihatan mental melalui pengenalpastian tahap gangguan emosi menggunakan DASS (Depression, Anxiety and Stress Scale), dan tindakan yang boleh diambil.