Buku ini mengandungi 50 Tip Hidup Bersama dalam sebuah keluarga melibatkan suami, isteri, anak, mentua dan insan sekeliling. Penulis menyediakan tip ini dengan harapan agar setiap hubungan yang telah disatukan sebagai suami isteri akan kekal sehingga ke syurga. Penulisan adalah berdasarkan pengalaman penulis semata-mata. Ia nukilan bersempena ulang tahun perkahwinan beliau yang ke-14.